Tips naikkan sales di SHOPEE yang paling berkesan! Ramai orang tahu tapi tak buat.

Ramai orang berniaga di Shopee tapi hanya segelintir yang buat ikut cara yang betul.

Dah jadi trend sekarang untuk membeli belah secara online dan ramai peniaga cuba berniaga di SHOPEE. Tak dinafikan kos berniaga di Shopee memang murah, mudah dan dapat pulangan sales yang lumayan. Pembeli pula ditawarkan dengan kos pos PERCUMA! Siapa yang tak suka kan?

Nak tahu tak tips naikkan sales di Shopee yang ramai orang tahu tapi tak buat?

Gunakan gambar produk yang mempunyai styling yang kreatif dan menarik.

Semua peniaga faham dan dah buat. Mereka pilih gambar terbaik di dalam galeri smartphone mereka. Gambar produk jelas, dan tertera segala info berkaitan produk. Tapi persoalannya, betul ke gambar tu cantik dan mampu buat pembeli terus rasa nak beli? Mari kita lihat situasi normal di Shopee.

Ramai peniaga Shopee upload gambar asal boleh.

Logiknya bila dah berniaga di platform digital, gambar adalah satu-satunya medium untuk kita sampaikan maklumat kepada pelanggan, mengenai apa yang kita jual. Tapi tak ramai orang usaha untuk pamerkan gambar produk yang paling cantik, menarik dan kreatif.

Yang hairannya, gambar produk yang cantik semuanya datang dari overseas seller. Kebanyakan local seller hanya upload gambar asal boleh. Kurang kesedaran mungkin?

Nak tahu contoh “gambar asal boleh”?

Tips naikkan sales

Gambar pertama: Pegang je produk dengan tangan dan ambil sahaja gambar dengan latar belakang pokok depan rumah mak. Cantik view dia. Hijau nampak segar.

Tips naikkan sales

Gambar kedua: Buka kotak dan longgokkan sahaja produk di situ. Supaya orang tahu stock kita banyak. Baru orang yakin nak beli.

Tips naikkan sales

Gambar ketiga: Baru siap packing ni. Panas lagi stock baru ni. Longokkan je and snap gambar. Cepat! takde masa nak snap gambar cantik. Banyak lagi kuih nak kena goreng ni.

Maaf, saya bukan nak aibkan mereka. Tetapi anda perlu faham, sebagai seorang penjual yang mengharapkan pembelian dari pelanggan, anda seharusnya hasilkan gambar lebih baik dari ini! Kita sama-sama belajar ya?

Okay sekarang mari kita lihat contoh gambar makanan yang diambil dengan styling menarik. Nampak beza tak? Tengok gambar terus rasa lapar. Rasa nak tenung lama-lama. Sempurna betul kejadian cookies tu.

Tips naikkan sales

brownies cookies

Ingat lagi pepatah melayu “dari mata turun ke hati?”

Jadi, gambar produk makanan dengan styling menarik dan kreatif umpama aset utama bagi seorang penjual online. Dah faham beza “gambar asal boleh” dan “gambar styling kreatif’?

Tewaskan pesaing dengan daya kreativiti anda!

Sekarang mari saya kongsikan strategi yang anda boleh guna untuk bersaing secara sihat. Dalam mana-mana platform jualan online seperti Shopee dan Lazada, sekiranya seorang pelanggan menaip keyword barangan yang mereka nak beli, pasti keluar puluhan cadangan barangan yang sama dari peniaga-peniaga yang berbeza. Persaingan sangat tinggi dan sengit.

Jadi, penting tak untuk kita mempunyai gambar produk yang cantik? Lagi best kalau anda tahu cara untuk buat styling yang menarik. Jadi, cuba lah fikirkan apa yang anda perlu buat untuk pastikan gambar produk anda ada kelainan.

Asah lah bakat kreativiti anda dan gilapkan skil photography yang anda ada. Usaha lah hasilkan gambar produk dengan styling kreatif supaya gambar produk anda kelihatan lebih menonjol dan lain dari yang lain. Buntu? Mulakan dengan survey dan lihat gambar pesaing anda, kemudian hasilkan gambar yang lebih bagus dari itu!

Disini, ilmu asas dalam produk dan food photography sangat berguna untuk anda belajar dan praktiskan. Untuk mencari idea, anda boleh taipkan keyword seperti:

Sangat banyak ilmu dan idea baru yang anda akan dapat hasil dari carian google tersebut. Yang penting, kena rajin cari ilmu dan praktis ambil gambar sampai pandai.

Kalau anda nak tahu, terdapat banyak syarikat yang membayar beribu-ribu ringgit sebulan untuk khidmat servis Product dan Food Photographer Professional. Mereka lakukan ini semata-mata untuk pastikan gambar produk mereka berkualiti dan mampu beri impak visual yang kuat kepada pelanggan. Sekali tengok terus rasa nak beli. Berkali-kali tengok terus jadi pelanggan tetap.

Ingat, dunia perniagaan ni memang banyak persaingan. Usahawan yang kreatif biasanya akan lebih cepat maju dan berjaya. Yang sentiasa selesa di tempat sendiri biasanya akan ketinggalan dan akhirnya gulung tikar. Anda kategori usahawan yang mana?

Nak belajar basic Food Photography dan styling? Join Channel Telegram FOOD PHOTOGRAPHY MALAYSIA ini dan dapatkan info, idea dan tips berguna dari seorang usahawan F&B yang juga merupakan seorang Food Photographer yang selalu berkongsi tips Food Photography di Telegram.

Klik link:

https://t.me/joinchat/AAAAAEqVIPp9Hac8HznzgA

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *