Apa perbezaan Food Photography dengan bidang photography yang lain?

Ada perbezaan kah? Banyak bezanya. Food photography adalah salah satu cabang Still Life Photography. Ia merupakan bidang photography yang menghasilkan gambar makanan dengan cara paling menarik dan kreatif.

Manakala terdapat lebih 17 bidang photography yang wujud di dunia. Antara bidang photography lain yang popular di luar negara tetapi jarang diceburi di Malaysia adalah:

Ramai orang anggap semua photographer boleh ambil gambar semua benda. Pernah ada usahawan yang mengatakan pada kami, “Ambil gambar makanan saja kan? kawan anak saya ada DSLR. Tak apa, saya boleh minta tolong dia snap gambar produk saya. Lagi jimat kos”

Maaf, kami langsung tidak berkecil hati kerana kami tahu nilai hasil kerja kami. Tidak setimpal untuk dibandingkan dengan remaja yang baru hendak berjinak-jinak dengan DSLR. Pendek kata, buang masa fikir.

Bunyi menyedihkan tapi itulah yang berlaku. Jika anda mahukan hasil gambar yang terbaik, carilah orang yang arif di dalam bidangnya. Jika gambar yang dihasilkan tak seperti yang anda mahukan, terima sajalah. Anda dapat apa yang anda bayar.

Kerjaya sebagai seorang Food Photographer.

Sebenarnya, Food Photographer memerlukan skill yang tidak ramai orang ada. Mereka perlu sangat faham tentang konsep cahaya yang mencipta mood di dalam gambar dan tahu trick food styling yang mampu buatkan makanan nampak segar dan sedap. Asasnya, kelebihan dan pengalaman itulah yang membezakan setiap Food Photographer.

Jika anda mahukan gambar makanan setaraf iklan billboard, carilah Food Photographer yang mampu buat styling kreatif. Ini penting untuk elakkan gambar makanan anda nampak seperti hidangan yang sudah dimasak dari semalam. Terbiar sejuk tanpa seri.

Jika anda bercadang untuk memperkenalkan produk baru dipasaran, tempah lah Product Photographer untuk merakam produk terbaru anda, bukan amatur yang baru sahaja beli DSLR 2 bulan yang lepas.

Jika anda jumpa Food Photographer yang mampu hasilkan gambar yang menepati citarasa anda, maka anda sangat bernasib baik. Kerana bidang Food Photography di Malaysia masih kurang diceburi. Sangat sedikit jumlah Food Photographer yang konsisten hasilkan karya berkualiti untuk perkembangan bisnes makanan di negara ini. Semua orang merebut peluang menjadi wedding photographer kerana hari-hari ada orang kahwin.

Jika anda masih meneruskan pembacaan, maka tahniah! ini bermakna anda bersetuju dengan pendapat saya. Anda tahu bezakan hasil kerja Food Photographer profesional dengan photographer biasa. Jangan terkejut jika saya katakan ramai yang masih tidak nampak peranan Food Photographer di dalam industri bisnes F&B. Tak mengapa, ini bermakna lebih banyak peluang dan ruang untuk saya kongsi kesedaran dan ilmu mengenai bidang ini.

sambal bawang bilis

Di dalam industri ini, pengalaman dan kreativiti sangat berharga. Kami telah bekerja dengan pelbagai subjek dan produk. Uniknya, tidak ada satu projek pun akan mengeluarkan hasil yang sama. Setiap kali itu lah kami belajar dan terus belajar.

Dengan pengalaman juga, kerja photography kami dapat dihasilkan dalam masa yang singkat, dengan mutu kerja yang lebih bagus. Harga servis pula tidak kami naikkan dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting, kepuasan hati pelanggan dan mereka dapat pulangan berbaloi untuk setiap sen yang dilaburkan.

Sekarang anda sudah faham perbezaannya? Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *