2 perkara utama anda perlu tahu sebelum menempah Food Photographer.

Sebagai usahawan bisnes F&B, tentu anda bercita-cita untuk menempah Food Photographer untuk mengambil gambar produk makanan anda bukan? Food photography ibarat aset penting di dalam marketing bisnes F&B. Tentu anda buntu di mana anda perlu bermula? Apa yang perlu anda sediakan?

Sejak memulakan bisnes Food photography ini, kami mendapat banyak permintaan daripada pelanggan yang berminat dengan servis food photography dengan styling kreatif yang kami tawarkan.

Kebanyakan daripada mereka tidak pernah mengambil servis ini. Biasanya sangat banyak persoalan yang kami terima dan terpaksa kami terangkan satu – persatu sebelum mereka yakin untuk menempah dari kami. Maka di sini, saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian ini, supaya anda faham apa yang perlu dilakukan sekiranya anda berhasrat untuk menempah servis food photography kelak.

1. Tujuan dan keperluan gambar

Antara pelanggan yang pernah datang kepada kami adalah website designer, graphic designer untuk kempen marketing, usahawan produk makanan, dan pemilik restoran.

Kebiasaannya mereka perlukan gambar untuk katalog produk dan buku menu, papan menu untuk restoran, laman web, iklan percetakan, billboard, gambar untuk pembungkusan produk dan juga iklan untuk promosi produk baru.

mr melting

Ada pelanggan yang tahu apa yang mereka perlukan, dan ada juga yang gagal merancang kegunaan lain setiap gambar yang ditempah. Kos untuk Food photography bukanlah sesuatu yang murah. Maka sangat penting untuk anda merancang sepenuhnya kegunaan lain setiap gambar supaya pelaburan anda berbaloi dengan pulangan yang akan anda dapat. Tempah sekali, guna berkali-kali.

Jika anda nyatakan dengan jelas akan tujuan gambar tersebut, Food photographer akan merakam gambar yang memenuhi kehendak anda. Proses photography dan styling akan menjadi lebih mudah dan hasilnya juga akan pasti memuaskan hati kerana kami faham dan jelas apa yang anda mahu.

Untuk mendapatkan hasil akhir terbaik dalam setiap gambar, kami sarankan untuk anda tempah sekali pakej graphic design(jika ada). Jika tiada, carilah graphic designer yang arif dalam bidang pengiklanan. Graphic designer yang bagus akan merancang bagaimana setiap gambar dapat diolah dengan cara yang paling kreatif untuk kegunaan semasa dan juga di waktu akan datang. 1 gambar pelbagai guna!

sambal mr melting

Jika semua pihak maklum akan tujuan setiap gambar, Food Photographer akan mudah mengenal pasti sudut gambar yang bersesuaian untuk dirakam manakala Food stylist juga lebih mudah menggubah dan menghasilkan food styling yang bersesuaian dengan tema.

2. Tema dan konsep food photography

Jika anda mementingkan imej jenama anda, anda mungkin perlu fikirkan pelan jangka panjang untuk tema dan konsep pengiklanan produk anda. Konsistensi imej ini penting supaya orang kenal dan ingat dengan jenama anda. Dengan cara ini, iklan dan pemasaran yang akan anda lakukan pada masa akan datang masih membawa konsep dan tema yang sama tanpa perlu kos food photography tambahan.

Jika anda bersetuju dengan pendapat ini, kami cadangkan untuk anda mula berfikir apa konsep yang bersesuaian dengan produk dan target market anda. Ini penting supaya jika anda memulakan kempen marketing yang baru kelak, anda boeh gunakan gambar produk yang sama melalui pendekatan yang berbeza. Tempah sekali dan gunakan gambar sebaiknya!

Contoh soalan lazim yang selalu kami tanya kepada pelanggan:

  • Frame jenis apa yang anda suka? horizontal atau vertikal?
  • Gambar sudut mana yang anda suka? pandangan atas atau depan?
  • Adakah anda perlu ruang negatif dalam gambar untuk memasukkan typography?
  • Pencahayaan bagaimana yang anda suka? high key atau low key photography?
  • Mood atau scene apa yang anda nak kami cuba sampaikan?

sambaleena sambal ijo sambaleena sambal ijo

Sumber: Mars Homefood

Mudah bukan? Tak perlu pening kepala memikirkan pencahayaan yang baik untuk hasilkan sendiri gambar produk anda. Serahkan saja tugas ini pada yang pakar. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Sekarang anda dah maklum 2 perkara utama yang anda perlu tahu sebelum menempah Food Photographer. Jika anda sudah berhasrat untuk dapatkan khidmat food photographer, usah tunggu lagi. Mulakan tindakan anda sekarang dan rancang apa yang perlu dibuat seperti yang saya kongsikan tadi ya. Good luck!

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *