5 Tips buat iklan jana keuntungan, terbukti berkesan.

Sebagai pemilik bisnes anda tentu dah baca terlalu banyak tips yang dikongsi tentang cara buat iklan yang akan jana keuntungan bukan? Sampaikan buntu nak ikut yang mana satu. Semuanya terlalu umum.

Tips yang kami nak kongsikan hari ini adalah berdasarkan permbacaan dan pemerhatian kami dari pengiklanan dalam industri F&B. Kami amati dan banding apa faktor yang membuatkan sesuatu iklan itu melekat di hati pengguna.

Anda ada masa untuk kaji semua itu? Tentu tidak bukan? Jangan risau, kami dah lakukan semua untuk anda. Tugas anda adalah luangkan sedikit masa untuk baca artikel ini dan jangan lupa aplikasi tips yang dikongsi pada bisnes anda!

 

1. Kenal pasti masalah pelanggan melalui story telling.

Apa masalah yang anda boleh bantu selesaikan dengan bisnes yang anda jalankan? Adakah anda juga pernah alami masalah yang sama? kongsikan cerita anda supaya ia dapat menyentuh emosi pelanggan dengan lebih mendalam.

Strory telling adalah cara paling mudah untuk buat pelanggan respon kepada iklan anda. Kesilapan utama yang biasa dibuat di dalam pengiklanan adalah meletakkan produk makanan dan jenama sebagai perkara utama untuk meraih perhatian pelanggan. Itu iklan gaya orang malas berfikir.

Letakkan fokus iklan anda pada diri dan kehidupan harian mereka, untuk buat mereka sentiasa terfikirkan produk dan jenama anda.

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Melalui story telling, anda boleh bina perhubungan yang erat dengan pelanggan, dan buatkan produk makanan yang anda tawarkan dilihat sebagai bermanfaat dan diperlukan.

tips buat iklan

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Tanpa story telling yang menarik, iklan akan nampak bosan. Iklan tanpa jalan cerita tidak akan melekat dalam ingatan pelanggan walaupun mereka baru saja melihatnya. Buat iklan yang akan membuatkan pelanggan ingat dan merasa tak sabar untuk memiliki produk anda.

 

2. Nyatakan kelebihan produk anda melalui USP.

Apa kelebihan produk yang dapat bantu selesai masalah pelanggan? Tawarkan solusi masalah dengan cara menyampaikan kelebihan produk atau USP (unique selling proposition).

USP adalah ciri-ciri dan kelebihan produk kita yang unik dan dilihat menonjol, dan tiada pada produk pesaing. Kelebihan itu juga mampu beri faedah kepada pengguna.

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Buat pelanggan kenal dan ingat 3 USP utama produk makanan anda. Ulang, ulang dan ulang tanpa jemu. Tulis USP pada permulaan konten, pada gambar, pada iklan bercetak dan pada hashtag.

tips buat iklan

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

 

3. Berikan penyelesaian yang efektif kepada masalah pelanggan.

Nyatakan dengan jelas apa penyelesaian kepada permasalahan itu? Ada kaedah lain yang lebih bagus? Terangkan bagaimana anda boleh bantu dengan menawarkan produk makanan yang boleh selesai masalah itu dengan pantas dan berkesan.

mars homefood

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Jelaskan juga apa manfaat lain yang pembaca akan dapat dari produk anda. Pastikan manfaat itu mampu buat anda lebih menonjol dari produk pesaing anda yang lain. Buat pelanggan rasa teruja, dan tak sabar nak dapatkan produk anda. Betapa mudahnya hidup bila dah beli produk anda. 

Antara manfaat yang orang paling suka:

– Menjimatkan wang.

– Memudahkan kerja

– Menggembirakan orang yang tersayang.

– Mengenyangkan perut yang sentiasa kelaparan.

– Pembelian berbaloi dengan harga.

– Mampu selesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.

– Rasa disayangi dan dihargai.

tips buat iklan

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

 

4. Tahu siapa pelanggan anda dan konflik harian mereka.

Kenal pasti siapa pelanggan anda. Kenapa penting untuk kenal pasti dan fokus pada target market? Supaya anda tak buang masa menjual pada orang yang salah. Walaupun anda menjual makanan, jika tak ada keperluan, pelanggan tak akan repeat beli.

Ambil berat konflik harian mereka dan biar mereka tahu anda peduli. Fikir apa yang biasa buat anda risau dan sedih. Orang lain juga alami rasa yang sama.

Perasan tak, konflik kecil yang biasa ganggu urusan harian lah yang biasanya buat orang rasa kurang motivasi dan cepat penat akibat terlalu banyak berfikir.

mars homefood

Food photography & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Perkara rutin seperti tiada masa untuk melakukan kerja rumah, letih untuk masak bila pulang ke rumah selepas seharian bekerja, dan kerisauan ibu dalam menguruskan keperluan anak biasanya sering menjadi isu di kalangan wanita. Nampak remeh tetapi itulah masalah utama yang sering dihadapi wanita era ini.

Cuba tangani masalah itu dan nyatakan penyelesaian mudah dan  cepat.

  • Berikan kata-kata motivasi supaya pelanggan tahu anda faham masalah mereka.
  • Cadangkan solusi jangka masa pendek dan panjang yang mereka boleh ikut dan buat.
  • Berikan tips-tips berguna untuk memudahkan kehidupan harian mereka.

Manusia ni penuh dengan emosi. Setiap emosi menarik energi yang berbeza. Pilih satu emosi dan kupas dengan mendalam. Paling best kalau emosi itu berkait dengan diri anda sendiri.

 

5. Hasilkan iklan yang unik.

Macam mana nak hasilkan iklan yang unik? Tengok balik visi dan misi bisnes anda. Apa kelebihan yang bisnes anda ada, tapi tiada dalam bisnes pesaing anda. Tonjolkan ciri itu.

tips buat iklan

Graphic design & content dari Lensa Mars untuk Mars Homefood.

Kalahkan pesaing anda dan letak bisnes anda sebagai trend setter. Usaha untuk jadi lain dari yang lain. Walaupun orang cakap dah terlalu banyak produk yang sama di pasaran, ciptalah kategori baru dan jadi orang pertama dalam pasaran itu.

Buka minda pelanggan dan buat mereka fikir produk makanan anda adalah keperluan bukan kemahuan. Di sini kita akan mula bentuk golongan pelanggan yang akan setia dengan produk kita.

Iklan yang bagus adalah iklan yang berjaya menarik emosi pelanggan.

INGAT! Bukan anda seorang sahaja yang menjalankan iklan di Facebook dan Google. Jadi fikirkan cara paling kreatif untuk bersaing secara sihat dengan peniaga lain, dan pastikan iklan yang anda hasilkan berjaya tarik  perhatian pelanggan dan menyentuh emosi mereka. Sekarang anda dah tahu cara buat iklan yang jana keuntungan. Semoga bermanfaat.

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *