Cara buat design brief- Kami kongsi aspek penting disebalik projek photography yang sukses.

Dah bersedia nak mulakan projek photography untuk produk anda? Jika anda seorang pemilik bisnes, website designer ataupun marketing manager, anda tentu nak photographer yang anda lantik faham dan tahu matlamat dan skop projek anda sejelas yang mungkin bukan? Maka post ini ditulis khas untuk anda.

Kejayaan sesuatu projek kreatif terletak pada DESIGN BRIEF yang lengkap dan jelas. Kepentingan design brief yang bagus adalah diibaratkan seperti peta jalan. Kalau tiada, maka sesatlah semua orang.

Apa itu design brief? Design brief merupakan dokumen pendek tetapi padat dengan info yang menerangkan segala aspek dan strategi yang dirancang untuk sesebuah projek kreatif. Ianya tidak perlu panjang, cukup dengan 2-3 muka surat. Design brief ini biasanya dimulai dengan matlamat projek dan diikuti dengan point penting untuk mencapainya.

Disini, kami akan terangkan dengan jelas cara buat design brief yang bagus. Terdapat 19 aspek yang perlu dikenalpasti untuk membantu kami dalam memahami kehendak client. Pastikan anda tahu kesemua jawapan kepada setiap point kerana ia akan membantu melancarkan proses kerja kelak.

a) Latar belakang produk dan client

1. Nama client.

2. Jenama produk.

3. Jenis dan nama produk yang terlibat dalam projek.

4. Visi dan misi perniagaan.

Terangkan visi dan misi perniagaan anda dengan cara yang santai dan menggunakan bahasa yang mudah. Ini penting supaya kami dapat hasilkan gambar sesuai dengan visi anda.

b) Skop projek

5. Tujuan projek.

Nyatakan dengan jelas kegunaan gambar ini diambil, sama ada untuk digunakan di dalam media sosial, website atau cetakan banner, bunting dan fliers.

6. Berapa jumlah gambar yang diperlukan.

Kenal pasti jumlah sebenar gambar yang diperlukan dan ini akan membantu anda menentukan bajet anda. 

7. Jenis photography yang disukai.

Terdapat beberapa jenis pendekatan photography yang sesuai untuk produk dan food photography. Antaranya ialah: 

  • Gambar dengan latar belakang putih (white background image)
  • Gambar produk berkumpulan (group image)
  • Gambar dengan model tangan (hand shot image)
  • Gambar berkonsep dengan styling (conceptual image)

c) Perincian projek

8. Tarikh akhir projek.

9. Apa yang anda mahukan di dalam setiap gambar.

Terangkan jika anda ada idea tertentu yang anda mahu kami lakukan di dalam penghasilan setiap gambar. Contohnya anda mahu penggunaan bunga segar di dalam setiap gambar atau anda mungkin mahukan botol/pek pembungkusan ditunjukkan hanya pada gambar tertentu.

10. Apa yang anda tidak mahu kami lakukan di dalam setiap gambar.

Terangkan jika anda tidak sukakan sesuatu dan anda tak mahu kami lakukannya di dalam penghasilan setiap gambar. Contohnya anda tidak suka penggunaan props yang terlalu sarat, anda tidak gemarkan warna latar belakang yang terlalu terang dan mungkin anda tidak mahu langsung penggunaan objek tertentu seperti kayu di dalam gambar anda. Nyatakan.

d) Pelanggan sasaran

11. Peringkat umur.

12. Jantina.

13. Golongan pelanggan.

Nyatakan jika produk anda disasarkan kepada golongan wanita bekerja, suri rumah atau wanita bujang yang mengamalkan gaya hidup aktif.

e) Pesaing 

14. 3 pesaing utama dalam pasaran lokal dan antarabangsa.

Dengan mengenal pasti pesaing terdekat anda, ini akan memudahkan kami menghasilkan imej yang bantu buat jenama anda lebih menonjol dari pesaing anda.

15. Bagaimana anda mahu jenama anda kelihatan berbeza dari pesaing anda?

Nyatakan jika anda mahukan kelainan yang belum biasa dilakukan oleh mana-mana pesaing anda sebelum ini.

f) Tona gambar 

16. Jenis pencahayaan photography yang disukai.

Terdapat dua jenis pendekatan pencahayaan yang biasanya ditawarkan oleh product dan food photographer iaitu low key (gelap) dan high key (cerah).

17. Mood yang ingin disampaikan.

Antara mood yang boleh dicetuskan adalah:

  • Imej mewah
  • bersih dan tenang
  • ceria dan menggembirakan
  • unik dan lain dari biasa

18. Orientasi gambar

tentukan jika anda perlukan gambar dalam orientasi vertikal atau horizontal. 

g) Material dan props 

19. Jenis dan material props utama

Nyatakan jika anda mahukan penggunaan barangan tertentu di dalam gambar sebagai props utama. 

20. Bahan segar yang diperlukan sebagai props sampingan

Antara bahan yang biasa digunakan adalah bunga segar, buah-buahan dan produk makanan kering.

g) gambar inspirasi

19. Sertakan 5 jenis gambar yang anda suka

Gambar yang disertakan akan membantu kami untuk lebih faham hasil akhir bagaimana yang anda mahukan. Mungkin anda tidak dapat nyatakan dengan baik kemahuan anda, dan anda boleh sampaikannya melalui gambar inspirasi.

Tetapi anda harus faham bahawa gambar inspirasi ini adalah sebagai medium untuk menyampaikan maklumat sahaja, kerana setiap photographer ada gaya dan cara kerja yang tersendiri.

Kepentingan Design Brief

Kalau anda nak tahu, semua projek kreatif yang berjaya bermula dengan design brief yang lengkap dan tersusun. Jadi adalah sangat penting untuk anda ambil masa dan sediakan design brief paling lengkap supaya semua pihak yang anda lantik untuk kempen marketing anda dapat menghasilkan kerja yang efisyen, berkualiti dan mengikut kemahuan anda. Gunakan point yang kami share ini untuk mula buat design brief. Good luck!

design brief lensa mars

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *