Fahami perbezaan Food photographer dan Food Stylist.

Ramai orang salah anggap akan skop kerja Food Photographer dan Food Stylist. Sebenarnya tidak ramai Food Photographer mampu buat styling makanan yang menarik. Mereka biasanya bekerjasama dengan Food Stylist untuk menghasilkan gambar yang betul-betul gempak.

Okay sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, mari kita fahamkan dulu apa itu FOOD PHOTOGRAPHY?

Pernah tertanya apa itu Food Photography? Adakah sekadar mengambil makanan yang anda makan itu menjadikan anda layak digelar sebagai Food Photographer? Di sini, kami akan huraikan dengan lebih lanjut untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap bidang Food Photography.

Food photography atau fotografi makanan merupakan salah satu bidang fotografi. Manakala, Jurugambar Makanan pula dikenali sebagai Food Photographer. Food Photography adalah antara bidang yang paling kurang diterokai di Malaysia. Ini kerana, Food Photography diakui sebagai cabang fotografi yang agak sukar. Ia memerlukan kepakaran dan minat yang tinggi.

food photographer malaysia

Bagaimana Food Stylist membantu Food Photographer.

Peranan Food Stylist dalam sesi photography makanan adalah sama dengan Makeup Artist dan Fashion Stylist. Mereka menentukan setiap warna, tema dan props yang digunakan kelihatan senada dan serasi bersama. Susah ke? Susah jika anda bukan seorang yang kreatif.

Seperti melukis, kita akan bermula dengan kanvas kosong dan mula melakar dari idea. Satu persatu props akan digunakan untuk menghasilkan mood dan tema tertentu. Akhirnya gambar makanan dengan food styling yang kreatif akan terhasil. Ia ibarat menggabungkan seni hias dan seni fotografi di dalam satu gambar.

food stylist

Kejap, apa itu props? Okay di dalam bidang Food Photography akan ada 2 terms yang biasa diguna pakai iaitu Props dan Subjek.

Props adalah objek sampingan yang digunakan dalam gubahan makanan atau food styling. Props biasanya terdiri daripada objek harian biasa, bahan segar atau fresh ingredients seperti buah-buahan dan sayuran. Lazimnya fresh ingredients yang digunakan sebagai props terdiri daripada ramuan utama makanan yang dijadikan subjek.

Subjek pula adalah makanan yang dijadikan fokal utama di dalam gambar. Dah Faham? 

food flatlay

Hasil akhir food styling yang kami hasilkan.

Apa tugas Food Photographer?

Seperti kebanyakan bidang fotografi yang lain, food photographer perlu kreatif dalam menyampaikan cerita. Contohnya, bagaimana sepinggan nasi lemak dapat menggamit memori zaman kanak-kanak. Ia kedengaran sukar, tapi mampu dilakukan oleh amatur jika kena dengan gayanya.

Setiap aspek, warna, susunan (composition), dan latar belakang (photography backdrops) memainkan peranan. Gabungan kesemua aspek ini akan menyumbang kepada jalan cerita yang nak disampaikan. Food photographer harus bijak mengolah kehendak dan idea pelanggan di dalam setiap gambar yang diambil.

Menarik bukan? Ini hanyalah segelintir tugas dan peranan Food Photographer dan Food Stylist yang saya dapat kongsikan. Dari masa ke semasa saya akan kongsikan lagi pengalaman dan cabaran yang kami lalui sepanjang bekerja sebagai Food Photographer dan Food Styist.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai servis food and product photography yang ditawarkan oleh Lensa Mars, lawati website kami di

Lensamars.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *