Nak tahu cara buat iklan makanan yang menarik? Orang tak jemu tengok!

Dah jadi trend sekarang ni untuk buat promosi segala benda secara online. Siapa yang tak buat marketing secara online dianggap ketinggalan zaman.

Betul! Tapi dah terlalu ramai menjual di online, sampaikan pelanggan dah muak dengan iklan yang tak kehabisan. Asal online, jumpa iklan. Asal buka Facebook nampak iklan. Buka Instagram pun iklan juga. Boring betul.

Iklan jadi boring bila ia dibuat tanpa strategi. 

Antara contoh iklan KFC yang terbaru dan menarik.

Nak tahu kenapa Jenama besar sanggup keluarkan belanja sangat tinggi untuk iklan sahaja? Itulah realiti dunia pengiklanan yang sebenarnya.

Idea kena fresh dan lain dari yang lain. Bab ni memang tak ramai orang tahu dan boleh buat. Bidang ini memerlukan orang yang ada pengalaman, kemahiran serta kreatif. Videographer serta Product and Food Photographer memainkan peranan besar di sini. Sebab tu kos iklan sangat mahal.

Okay, sekarang kita kecilkan skop. Kita fokus pada iklan peniaga online secara kecil-kecilan. Macam mana ye nak buat iklan anda sehebat jenama besar tu? Bajet bukan ciput, tapi hampir tak ada langsung!

Cara mudahnya, kita ikut strategi mereka. Perhati, belajar dan aplikasi. Semua orang boleh buat. Apa yang anda perlukan hanyalah kreativiti dan sedikit kerajinan. Mari kita lihat apa strategi mereka ya?

1. Tonjolkan harga berpatutan dengan gambar hidangan yang menarik.

fish n co malaysia promotion

kredit: Fish & Co. Malaysia

Fish & Co antara syarikat besar yang kreatif dalam pengiklanan sampaikan ditiru oleh pesaing terdekatnya, Manhattan Fish Market. Rujuk sini untuk tahu kisah lanjut.

Saya ambil contoh poster ini. Fish n Co bijak menggunakan Food Photography sebagai medium utama untuk menyampaikan maklumat. Fokus pada produk dengan harga yang mampu milik. Persembahkan produk dengan food styling menarik. Font yang menarik dan catchy serta info yang minimalis, tapi cukup untuk menyampaikan maklumat. Nampak mudah dan boleh ikut kan?

2. Kongsi nilai dan manfaat menerusi produk makanan.

resepi makanan jepun

Sumber : wagamama

Tuliskan info yang anda ingin semua pelanggan tahu. Food styling yang ringkas sudah cukup memberi impak yang besar pada poster ini. Sediakan negative space yang cukup di dalam gambar produk makanan anda untuk anda masukkan typography menarik.

Kongsikan visi dan misi anda. Buatkan pelanggan rasa dihargai. Ini sebab bisnes bermula. Untuk menyelesaikan sekecil-kecil masalah.

Antara perkara lain yang boleh dikongsi adalah tips, maklumat  & tutorial. Bila pelanggan baca dan fikir konten anda ada nilai dan bukan promosi kosong semata-mata, iklan anda akan lebih melekat di hati mereka. Selitkan elemen food styling untuk pastikan gambar nampak segar dan hidup.

3. Promosi kupon bergambar.

toast box

Sumber: Toast Box

Kongsikan promosi dengan gambar produk menarik beserta kupon untuk ditebus. Tawarkan promosi yang boleh dikongsi untuk dua individu. Maklumkan pada mereka untuk tunjuk poster ini sewaktu penebusan. Sediakan terma dan syarat yang terperinci. Pastikan ada tempoh akhir penebusan.

Dengan cara ini, pelanggan secara automatik akan save gambar iklan anda ini di dalam memori smartphone mereka, dengan harapan ia akan ditebus nanti.

Walaupun mereka mungkin tidak akan tebus kupon ini, tapi iklan anda sudah tersemat di dalam fikiran mereka. Nampak mudah tapi besar impaknya.

Sekarang anda sudah faham cara buat iklan menarik yang tidak jemu dipandang bukan? Pastikan gambar produk menarik dan mampu buat pelanggan untuk tumpu perhatian dan menjamu pandangan mata.

Aplikasikan pendekatan product and food photography di dalam iklan anda supaya nampak lain dari yang lain. Gunakan imaginasi dan kreativiti anda. Good luck!

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

 

1 thought on “Nak tahu cara buat iklan makanan yang menarik? Orang tak jemu tengok!

Leave a Reply to ปั้มไลค์ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *