Nak tahu bagaimana kami bermula dengan Lensa Mars?

Minat mengambil gambar makanan timbul bila saya mula menjual makanan secara online pada tahun 2016. Ketika itu, saya hanya menjual di instagram dengan followers tak sampai 300 orang.

“Ramai orang jual makanan online je. Kalau orang lain boleh buat, aku pun mesti boleh” saya yakinkan diri saya. Ingatkan mudah untuk jual makanan sedia dimakan. Produk keperluanlah katakan. Lalu, saya cabar diri saya untuk ambil risiko dan labur modal rm750. Bersungguh-sungguh dan sepenuh daya upaya menjual dan memperkenalkan produk kepada kawan-kawan.

Hasilnya? Kutipan jualan online sangat rendah! Saya gagal yakinkan pelanggan untuk membeli sambal yang saya jual. Terasa perit betul masa tu. Niat untuk mencari duit lebih, terbantut apabila saya gagal untuk buat jualan online yang memberangsangkan.

sambaleena

Antara gambar pertama yang diambil untuk iklan produk sambal yang dijual.

Halangan dan dugaan sebagai peniaga online.

Saya ingat dengan menjual sambal sedia dimakan, mudahlah untuk saya jual. Gambar promo di IG pula saya pakai ambil je yang kat google tu. Memang gagallah saya untuk yakinkan pelanggan.

Dahlah jenama sambal yang dijual tu belum cukup terkenal, tiada gambar menarik pula yang boleh saya kongsikan. Sedangkan secara logiknya, untuk menarik pelanggan-pelanggan suka dengan apa yang kita pamerkan, gambar-gambar tu kenalah yang cantik dan menawan.

Jadi, agak mustahil untuk saya terus berniaga makanan secara online jika tiada gambar produk yang menarik.

sambaleena

Antara inisiatif awal saya, sentiasa share menu harian yang dimasak dan selitkan gambar produk yang dijual.

Kegagalan mengajar saya untuk menjadi lebih kreatif.

Oleh kerana masalah-masalah inilah, timbul minat saya untuk mengambil gambar makanan yang cantik-cantik. Tambahan pula, suami telah mencadangkan untuk ambil gambar produk yang saya jual menggunakan DSLR miliknya.

Mungkin dulu saya tiada langsung inisiatif untuk belajar berniaga di online dengan cara yang betul. Malah saya tidak kisahkan kepentingan gambar produk yang cantik yang mana sebenarnya amat membantu peniaga-peniaga makanan untuk melariskan jualan!

Saya mula belajar cara menggunakan kamera dan kongsi hasil kerja saya. Masih ingat lagi gambar pertama yang saya hasilkan, suami gelakkan saya,

“Haha… apa gelap sangat gambar ni, angle pun lari”

sambaleena

Masih tak faham kepentingan sudut gambar dan pencahayaan yang betul.

Maklumlah, saya langsung tidak faham kepentingan cahaya di dalam fotografi dan macam-macam lagi. Mujur ada suami yang pandai bab kamera. Saya diajar cara mudah untuk faham fungsi asas DSLR.

Berbekalkan pengetahuan saya dalam bidang seni reka bentuk, saya faham gambar yang menarik seharusnya mempunyai elemen seni di dalamnya. Maka saya mula belajar bagaimana cara menghasilkan gambar produk yang menarik. Saya berusaha untuk menyampaikan cerita di dalam setiap gambar yang saya ambil.

Sentiasa usaha untuk hasilkan gambar yang lebih baik.

Saya latih diri tanpa jemu, paksa diri untuk ambil gambar semua makanan yang saya masak. Sampaikan suami naik bosan bila saya sibuk mengambil gambar makanan yang siap dihidang. Tak benarkan pula sesiapa makan selagi saya belum puas hati dengan hasil gambarnya. Semua elemen akan saya susun dengan sempurna supaya gambar nampak cantik dan menyelerakan.

“Ya, saya sangat meminati Food Photography sekarang…it’s my life!”

sambal sambaleena

Gambar terkini yang dihasilkan hasil usaha tanpa jemu.

Alhamdulillah, akhirnya saya memulakan perniagaan Food Photography dan bekerjasama dengan suami. Pada dua bulan pertama saya memulakan bisnes ini, saya sudah mendapat 7 orang client!

Untuk menghasilkan kerja yang kompetitif, saya sentiasa ikuti perkembangan food photographer terkenal di luar negara dan cuba untuk hasilkan gambar yang sama hebat seperti yang mereka hasilkan.

food flatlay

Hasil kerja terbaru kami

food flatlay

Hasil kerja terbaru kami.

Segala ilmu asas fotografi sudah saya hadamkan, dan saya mula berkongsi pengetahuan yang saya ada dengan followers di blog ini.

Terharu sangat dengan respon dari semua pelanggan. Puji-puji kreativiti kami dalam membantu menonjolkan produk makanan mereka melalui penghasilan gambar yang menarik dan nampak amat menyelerakan. Harapan saya, semoga semua usahawan di Malaysia mempunyai gambar produk yang mereka boleh banggakan dan berniaga dengan kreatif!

Paling utama, istimewa untuk pelanggan kami, “LensaMars.com akan terus mengambil gambar makanan dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang sehingga yang melihat pasti terpikat, insyaAllah!”

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *