Kenapa Food Photography dan Styling penting untuk bisnes F&B anda.

Masuk je restoran, semua mata nampak “dia”.

Selalu kita lihat jenama besar pamerkan produk makanan mereka dengan begitu gah sekali. Masuk sahaja ke ruangan kaunter pesanan, mata sudah tertumpu pada skrin menu. Semua makanan nampak sedap. Sampai rambang mata dibuatnya. Rasa nak order semua!

Tiada rahsia besar disini. Apa yang dipamerkan kepada pelanggan, adalah gambar produk makanan yang sangat terang dan jelas, beserta harga dan nama produk. Ringkas sahaja kan?

menu board kfc

Menu board di KFC yang sentiasa menarik perhatian pelanggan.

Tapi senario yang selalu kita lihat di restoran biasa pula, sangat berbeza. Apa yang dapat dilihat adalah banner dan buku menu yang penuh dengan tulisan. Tiada langsung tunjukkan produk makanan yang dijual. Jika ada pun, gambarnya kecil dan tidak jelas.

Sebagai pembeli, adakah kita lebih tertarik untuk membeli selepas membaca teks di menu atau selepas melihat gambar produk? Tentu sekali selepas melihat dan yakin dengan gambar produk barulah kita buat keputusan untuk membeli bukan?

Sebagai pemilik restoran, kita hendaklah sediakan cara yang paling mudah untuk pelanggan buat pesanan. Tak perlu baca teks menu yang panjang, cukup dengan gambar yang ringkas dan memberi impak.

soru station

Poster Soru Station yang ringkas dengan gambar produk yang meyakinkan.

Disini, fungsi Food Photography dan styling kreatif sangat membantu usahawan kecil dan pemilik restoran untuk pamerkan produk makanan yang dijual dengan begitu menarik sekali.

Tak perlu belanja mahal sehebat jenama besar. Cuma perlu tahu taktik dan caranya sahaja. Setuju?

1. Bantu anda miliki gambar makanan dengan hak eksklusif dari dapur anda sendiri.

Jika anda bercadang untuk mempunyai laman web atau sedang design buku menu baru untuk restoran anda, anda memerlukan gambar produk anda yang sebenar. Ramai usahawan makanan ambil mudah perkara ini. Amat tidak beretika sekiranya anda sewenangnya menggunakan gambar dari Google dan mengatakan itu hasil masakan anda.

Kita semua tahu bahawa perniagaan yang melibatkan unsur plagiat dan tidak jujur akan membawa hasil pendapatan yang tidak berkat kepada keluarga dan hanya merugikan diri kita sendiri.

 

resepi sambal

Seperti yang anda tahu, mengambil gambar produk makanan untuk tujuan pemasaran memerlukan kemahiran dari photographer berpengalaman. Ia bukanlah semudah mengambil gambar hidangan makan malam dari atas meja makan. Ia lebih dari itu!

Kebiasaannya, Food Photographer akan menggabungkan seni photography dan gubahan kreatif untuk menghasilkan gambar makanan yang memikat selera. Gambar makanan juga ada nilai seni. Nilai inilah yang akan bantu anda yakinkan pelanggan untuk terus setia dengan produk makanan anda. Gambar makanan yang unik akan lebih mudah diingati. Itu yang membezakan hasil kerja profesional dan amatur. 

Perbezaan inilah yang akan membawa keuntungan kepada bisnes F&B anda jika dilakukan dengan betul. Pastikan gambar yang dikongsi untuk tujuan pemasaran jelas, menyelerakan dan akan memberikan impak kepada bakal pelanggan anda.

2. Bantu tonjolkan keunikan produk anda dari sisi yang menarik.

Sekiranya anda menjual pes masakan di dalam pek atau botol, dan anda boleh jamin ia dihasilkan dari gabungan bahan istimewa dan mempunyai warna menarik. Ia adalah resepi turun temurun dan tidak sama dengan pes masakan lain.

Maka adalah sangat penting untuk anda pamerkan tekstur makanan tersebut disamping bahan segar utama yang digunakan di dalam pengiklanan anda. Supaya pelanggan tahu apa yang mereka akan dapat.

fliers design idea

fliers design idea

Fliers yang dihasilkan untuk jenama Sambaleena, pengeluar produk sambal sedia dimakan milik bumiputera.

Sebagai seorang usahawan, tentu anda faham bahawa gambar produk yang diambil secara profesional, ternyata akan membawa perniagaan anda ke peringkat lebih tinggi.

Lagipun, gambar yang kurang meyakinkan akan membuatkan jenama anda nampak murah dan tiada identiti.  Gambar tidak jelas, malah tekstur makanan juga tidak ditonjolkan dengan baik. Pelanggan pula pasti akan berkira-kira untuk beli. Tentu anda tidak mahu perkara itu berlaku kepada perniagaan anda bukan?

Food photographer bantu sampaikan cerita dan mesej produk makanan melalui kerja halus dan ketelitian di dalam setiap elemen yang wujud di dalam gambar. Jujur cakap, tak ramai photographer yang mahir di dalam perkara ini. Kerana itu, adalah sangat penting untuk anda memilih photographer yang khusus di dalam bidang food photography.

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

3 thoughts on “Kenapa Food Photography dan Styling penting untuk bisnes F&B anda.

Leave a Reply to NORIZAT BINTI RAMLI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *