9 Tips pilih props untuk food photography

      2 Comments on 9 Tips pilih props untuk food photography

Tahu apa props yang sesuai untuk Food Photography? Anda tentu fikir pinggan mangkuk sahaja kan? Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak elemen yang biasa diguna pakai oleh Food Photographer dalam menghasilkan gambar makanan yang menarik. Tidak terhad kepada pinggan mangkuk sahaja tau!

Penting ke untuk tahu cara memilih props yang sesuai ni? Mestilah penting, supaya anda dapat jimatkan wang dan ruang penyimpanan, dan sekaligus dapat menghasilkan gambar yang memukau dan nampak professional. Tentu ramai setuju kalau kami katakan, kreativiti dalam pemilihan props Food Photography adalah elemen penting yang membezakan artwork seorang Food Photographer dengan yang lain.

Jika anda perasan, ada beberapa barangan yang kami selalu gunakan secara berulang kali. Ini bermaksud props tersebut sesuai dengan pelbagai hidangan dan sangat versatil dan berbaloi dibeli. Baca sampai habis perkongsian kami dalam tips pilih props khas untuk food photography ini dan ambil insipirasi ya!

 

1. Potongan kayu atau serving board.

Potongan kayu ini bukan chopping board. Tetapi ia dikenali sebagai serving board atau serving tray. Ia dihasilkan daripada kayu asli dengan kemasan varnish. 

Potongan kayu seperti ini tidak murah. Kalau anda jumpa treated wood seperti ini dengan harga dibawah rm50, beli terus ya! Mango wood serving board ini kami beli di Spotlight cawangan Mutiara Damansara dengan harga rm89. Jatuh cinta pandang pertama dibuatnya.

food styling

Gunakan ia sebagai alas untuk subjek utama di dalam gambar. Tak dinafikan, potongan kayu ini paling kerap kami guna untuk imej rustic dan sesuai untuk hidangan dengan styling ringkas.

Di dalam koleksi kami, ada juga yang berbentuk bulat dan biasanya digunakan untuk menghidang pizza. Tetapi kami gunakan sebagai alas untuk subjek bersaiz kecil seperti cookies ini.

resepi kuih raya

 

2. Barangan kaca lutsinar.

Barangan kaca lutsinar dengan bentuk ringkas sangat sesuai dijadikan props untuk subjek minuman dan manisan. Variasikan koleksi anda dengan kepelbagaian bentuk dan saiz. Jangan takut untuk eksperimen ya!

Sifatnya yang lutsinar akan memberi anda kelebihan dalam menghasilkan kepelbagaian sudut gambar. Banyakkan koleksi kaca lutsinar bersaiz sederhana dan kecil. Dengan trick ini, anda akan mempunyai lebih ruang di dalam gambar dan kuantiti makanan yang digunakan juga sedikit, tapi kelihatan penuh.

resepi kuih semperit

 

3. Mangkuk hidang atau tureen

Jika anda bercadang untuk mengambil gambar makanan seperti sup dan sambal, mangkuk kecil kelihatan tidak relevan. Sebaiknya, gunakan tureen atau mangkuk hidang yang dalam.

Mangkuk hidangan yang ada pemegang akan kelihatan lebih menarik untuk dijadikan props berbanding mangkuk biasa. Makanan yang dihidang di dalam tureen juga akan menghasilkan komposisi yang lebih menarik di dalam styling Food Photography. 

resepi sambal

 

4. Pinggan putih.

Tak dinafikan, penggunaan pinggan putih adalah pilihan paling menjimatkan kos dan efektif bagi seorang Food Photographer. Pinggan putih boleh dijumpai di mana sahaja. Tetapi persoalannya, saiz apakah yang sesuai? Saranan kami, beli 2 saiz utama iaitu kecil dan sederhana.

Kenapa perlu pilih warna putih? Pilihlah putih kerana secara psikologinya, latar warna yang cerah akan membuatkan subjek lebih menonjol. Penggunaan pinggan berwarna putih akan membuatkan makanan lebih menyerlah dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis makanan.

kuih misai kucing

Antara warna pinggan yang terdapat dalam koleksi kami adalah kuning, pink dan turquoise. Pinggan warna begini jarang digunakan kerana kebanyakan masa, warnanya tidak sesuai dengan hidangan yang nak dirakam. Biasanya kami gunakan sebagai props tambahan di bawah pinggan utama untuk memberikan cetusan warna di dalam imej kami.

kuih misai kucing

5.  Papan pemotong atau cutting board

Papan pemotong selalu dikaitkan sebagai peralatan memasak. Tapi jika digunakan dengan betul, makanan yang mempunyai struktur kasar seperti roti dan daging akan kelihatan luar biasa enaknya. Warna kayu asli papan pemotong akan membuatkan tekstur makanan lebih menyerlah dan nampak sangat sedap.

Elakkan dari menghidang subjek makanan yang tiada bentuk spesifik dan berwarna pucat seperti bubur nasi di atas papan pemotong kerana padanan ini kelihatan sangat tidak sesuai.

Untuk gambar ini, kami gunakan papan pemotong untuk memberikan gambaran segar oren yang baru diperah untuk dijadikan jus.

minute maid orange vita kids

6. Kutleri kecil.

Sudu dan garfu yang mempunyai warna dan bentuk luar biasa akan membuatkan makanan biasa kelihatan lebih istimewa. Gunakan kutleri berwarna keemasan untuk hasil styling yang nampak mewah dan lebih eksklusif. Kutleri dengan warna dan bentuk menarik pula akan menghasilkan kontra di dalam styling.

Olahan menarik akan membuatkan makanan ringkas seperti pastry kelihatan segar dan menarik. Bagaimanapun, jangan berlebih lebihan kerana subjek iaitu makanan sepatutnya menjadi “bintang utama” di dalam gambar.

jco donuts menu

7. Napkin atau kitchen towel.

Penggunaan napkin atau kitchen towel antara cara paling mudah untuk membuat styling bagi hidangan ringkas. Lihat dengan teliti. Gambar yang menggunakan napkin sebagai props sampingan selalunya kelihatan lebih lembut dilihat. Setiap lipatan dan kedutan di napkin akan memberi visual interest kepada komposisi styling. Sifatnya berlawanan dengan bentuk pinggan dan cawan yang kejur dan bersudut. Cara stylingnya juga boleh dipelbagaikan. Ia boleh dilipat, digulung dan diserakkan, tetapi masih kelihatan lembut.

Paling biasa dilakukan oleh Food Photographer adalah menggunakan kain napkin sebagai alas dan diletakkan dibawah pinggan untuk membentuk efek lapisan dan  lipatan. Pemilihan warna napkin yang sepadan dengan warna makanan juga penting untuk buat styling nampak berirama dan tidak janggal.

sambal hitam

Jangan takut untuk gunakan napkin dalam gambar makanan anda. Boleh jadi, napkin itu sendiri lebih menarik perhatian dari subjek utama. Bagi pengumpul napkin seperti kami, kami sentiasa bermain dengan kepelbagaian tekstur fabric dan napkin untuk membuatkan gambar lebih bersahaja.

sambal bawang bilis

 

8. Mangkuk dan piring kecil.

Bila dah biasa buat styling, anda akan sedar props yang bersaiz kecil lebih kerap digunakan. Ini kerana, props bersaiz kecil kelihatan lebih menarik di dalam frame. Ia juga lebih mudah dipadankan dengan props bersaiz besar.

Mangkuk dan piring kecil ini banyak kelebihannya. Contohnya untuk mengambil gambar makanan di dalam mangkuk dari pandangan depan. Biasanya mangkuk yang diisi secara membukit lebih nampak menyelerakan dan anda dapat rakam tekstur makanan itu dengan lebih jelas. Anda tidak perlu menggunakan kuantiti makanan yang banyak untuk buat ia kelihatan penuh. Ini tentunya lebih menjimatkan bukan?

chocolates bomb

Untuk mendapat hasil styling yang unik, anda boleh mula kumpul koleksi mangkuk dan piring kecil dengan pelbagai ketinggian dan diameter. Pilih mangkuk yang mempunyai bentuk lain dari biasa, dan mempunyai ketebalan berbeza untuk mencipta kepelbagaian.

food styling

 

9. Barangan antik.

Barangan antik biasanya hanya sesuai untuk styling tertentu sahaja. Contohnya, props seperti pinggan lama yang mempunyai corak bunga kangkung sesuai untuk Rendang Tok yang dimasak menggunakan resepi turun temurun. Rupa klasiknya mampu menggamit memori sewaktu kecil. Melihatnya saja anda dah terbayang nenek menghidangkan makanan di dalam pinggan yang sama seperti ini.

Props ini mungkin jarang digunakan dan langsung tidak sesuai untuk sesetengah jenis makanan seperti makanan barat dan snek. Tetapi jika anda mempunyai koleksi seperti ini, ia adalah bonus bagi anda. Contohnya jika anda mahu hasilkan styling bertemakan tradisional atau pulang beraya di kampung, props begini akan menjadi aset utama bagi anda.

Dalam gambar ini, kami buatkan styling ringkas untuk kuih bangkit tradisional yang biasanya dihidangkan sewaktu musim perayaan. Kami gunakan props seperti balang kuih raya dan teko antik untuk gambaran hidangan kepada tetamu. 

kuih bangkit

Jika anda keluar untuk props hunting dan nampak props yang anda suka, tetapi bukan dalam keperluan untuk digunakan segera, snap gambar dan simpan di dalam galeri beserta lokasi kedai. Ini penting supaya anda tahu bila untuk mendapatkannya ketika anda perlukan nanti.

Pesan kami, jangan berkira untuk berbelanja lebih dalam pembelian props. Kerana pemilihan props yang nampak mahal itu yang membezakan hasil kerja anda nanti. Terlalu ramai yang semakin mahir mengambil gambar makanan dengan baik sekarang ni. Apa yang membezakan hasil kerja kita adalah kreativiti dalam styling dan pemilihan props.

Anggap setiap pembelian props itu sebagai pelaburan. Kurangkan props yang mempunyai corak yang sarat. Simplicity itu lebih baik. Props yang ada bentuk menarik itu bonus. Beli ikut citarasa anda dan pastikan guna semua ya!

Sekarang anda tahu cara pilih props untuk Food Photography. Semoga bermanfaat untuk anda. Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

2 thoughts on “9 Tips pilih props untuk food photography

Leave a Reply to Munirah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *