Pernah buat kesilapan ini sepanjang berniaga produk makanan secara online?

Mempunyai gambar produk yang cantik akan memberi imej yang bagus dan bantu bina kredibiliti jenama. Jadikan gambar produk sebagai medium utama untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan dalam menerangkan produk makanan yang anda jual.

Malangnya, masih ramai usahawan melakukan kesilapan ini ketika melakukan promosi untuk produk makanan yang mereka jual di media sosial.

Guna gambar dari Google, tanpa izin pemilik asal untuk buat iklan di FB Ads.

Sanggup keluarkan belanja besar untuk buat iklan Fb Ads, tapi guna gambar orang lain? Jom kita fikir dulu. Kita buat FB Ads untuk buat pelanggan kenal produk, tapi sayangnya kenapa guna gambar dari Google?

Prospek yang pada awalnya teruja, akan cepat rasa tertipu. Gambar dekat iklan lain. Tapi bila order dapat lain. Memang tak sama langsung!

Walaupun anda menjual menu Ayam Penyet yang kelihatan sama dengan jenama besar seperti rangkaian restoran Ayam Penyet AP, hasilkanlah gambar milik sendiri. Letakkan logo jenama anda pada setiap gambar promosi supaya pelanggan sentiasa ingat.

ayam penyet ap

Sumber: Ayam Penyet AP

Gagal yakinkan pelanggan untuk terus follow akaun kita.

Macam mana nak pelanggan terus follow kita kalau content tak menarik, gambar pun hancur. Nak consistent hasilkan gambar produk memang bukan senang. Tapi, kalau ada strategi dan planning, tak mustahil bisnes yang baru bermula pun boleh ada kredibiliti sehebat jenama antarabangsa.

Hasilkan content menarik yang buat orang teruja dengan setiap post mengenai produk anda. Lantik Graphic Designer khusus untuk lakukan tugas ini. Walaupun sekadar aiskrim pop, Pops Malaya kreatif menghasilkan gambar yang segar, dan tak jemu dilihat.

passion fruits pineapple ice cream

Sumber: Pops Malaya

Pamerkanlah produk makanan anda dengan bahan utama yang digunakan dalam penghasilan. Supaya pelanggan tahu apa ramuan utama makanan, dengan hanya melihat sekali imbas, tanpa perlu membaca. 

pop malaya passion fruits pineapple

Sumber: Pops Malaya

Tiada gambar close up produk makanan.

Gambar close up sangat penting. Nak jual makanan bukan sekadar tunjuk packaging semata-mata. Pelanggan beli untuk rasa isi kandungannya. Maka tunjukkanlah produk yang dijual itu sehabis baik.

sushi king

Sumber: Sushi King

Gambar close up yang jelas akan bantu pamerkan ciri fizikal produk anda dari pelbagai sisi supaya pelanggan lebih tertarik untuk buat belian segera. Jangan pandang rendah kepentingan gambar close up yang menarik. ia berupaya bantu tukarkan setiap prospek kepada pelanggan tetap anda.

choco bombs

Food photography & graphic design oleh Lensa Mars untuk Travor Food

Apabila jenama anda mula meraih kepercayaan dari pelanggan, maka akan lebih mudah untuk buat mereka setia dengan produk makanan anda. Secara tak langsung, anda boleh cipta kelompok peminat produk anda dengan cepat dan berkesan. Pelanggan yang gembira juga takkan segan silu untuk sebarkan kebaikan produk anda kepada kawan-kawan mereka.

Anggap produk makanan hanyalah sekadar makanan 

Sebagai usahawan, kita perlu tahu cara yakinkan pelanggan untuk terus setia dengan produk yang kita jual. Makanan seharusnya membawa maksud ikatan keluarga, momen indah, kenangan manis, keraian, dan pengubat di kala sedih.

jco donut malaysia

Sumber: Jco Donut

Rangsang deria pelanggan untuk sentiasa ingat produk kita dan lekat di hati mereka.

Bila lapar ingat produk kita.

Bila sedih, ingat produk kita.

Bila nak meraikan, ingat produk kita

sambal mr melting

Food photography & graphic design oleh Lensa Mars untuk Mars Homefood

Bagaimana kami dapat bantu selesaikan masalah anda

LENSA MARS menawarkan servis FOOD PHOTOGRAPHY & STYLING yang terbukti mampu menjana keuntungan kepada anda kerana kami sendiri adalah usahawan makanan sama seperti anda. Bermula dengan menjual makanan secara online dan mengambil gambar makanan yang dimasak sendiri, kami mula mengorak langkah dan fokus dalam bidang FOOD PHOTOGRAPHY. 

Kepakaran kami adalah membantu usahawan mendapatkan khidmat fotografi dan mengelakkan jenama anda dibelenggu masalah sales yang merudum disebabkan ketiadaan gambar produk yang menarik untuk dipaparkan pada pelanggan. Sudah ramai yang kami berjaya bantu dan semua pelanggan berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja kami.

Kami komited bantu usahawan F&B untuk dapatkan gambar produk setaraf profesional dengan pakej fleksibel dan mampu milik. 

Sekiranya anda usahawan yang kreatif, inovatif dan mahu buktikan jenama anda setaraf jenama terkenal lain, lakukan tindakan segera dan letak matlamat untuk menjadi usahawan yang berjaya!

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

2 thoughts on “Pernah buat kesilapan ini sepanjang berniaga produk makanan secara online?

Leave a Reply to Munirah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *