9 tips buat content marketing di instagram- anda tak akan buntu dengan idea.

Terasa jemu pula bila nak buat posting di Instagram. Buntu dan langsung tak ada idea nak kongsi topik apa. Kalau anda seorang pemilik bisnes yang buat promosi di instagram tentu anda pernah rasa buntu apa yang perlu dibuat untuk bezakan bisnes anda dengan pesaing lain. Nak tahu cara buat content marketing menarik tanpa perlu rasa buntu cari idea?

Kali ini, saya akan terangkan perkongsian content marketer berpengalaman yang saya sendiri guna untuk merangka posting harian di Lensa Mars, dan bisnes makanan saya, Mars Homefood. Kaedah ini dikenali sebagai Content Bucket yang dikongsi oleh Kat Coroy, seorang content marketer berpengalaman dari UK. 

Menurut Kat Coroy, content di instagram tidak seharusnya penuh dengan promosi dan iklan, tetapi perlu diselang seli dengan nilai yang anda boleh kongsi dengan followers anda. Ada 9 topik yang anda boleh mula guna untuk rangka posting dengan grid yang cantik di Instagram. Kalau anda berminat nak tahu, teruskan membaca ya.

content marketing lensa mars

1. Cerita ringkas tentang diri sendiri

Ceritakan sedikit tentang minggu anda, apa yang anda suka lakukan, dan perkara unik berkaitan diri anda. Sentuhan peribadi penting supaya followers tahu anda juga seorang manusia seperti mereka, bukan robot yang dibayar untuk melariskan produk jualan.

Lebih banyak perkara santai yang anda kongsikan, lebih mudah untuk followers kenal anda.

Antara perkara yang boleh dikongsi adalah:

  1. Bagaimana anda bermula dengan bisnes ini.
  2. Perkara yang anda sangat suka ketika menjalankan bisnes ini.
  3. Mengapa anda mahu bisnes anda terus maju.
  4. Bagaimana bisnes ini bantu ubah diri anda.
  5. Bagaimana anda mahu bantu orang lain dengan bisnes anda.

Content marketing lensa mars

2. Ayat inspirasi dan motivasi berkait dengan followers anda.

Manusia memang sukakan ayat inspirasi atau quote menarik yang beri motivasi. Followers akan lebih mudah respon kepada kata-kata yang membangkitkan semangat dan mereka tidak akan segan silu untuk kongsi post tersebut dengan orang lain.

Sebagai permulaan, kongsikan apa sumber inspirasi harian anda dan perkara yang anda buat untuk kekal bermotivasi. Sebelum anda mula berkongsi, pastikan anda tahu siapa majoriti followers anda.

Penting untuk kenal followers anda supaya perkara yang dikongsi sesuai dengan minat mereka. Jika majoriti followers anda merupakan pelajar universiti, tentu anda tak mahu kongsi ayat inspirasi untuk golongan ibu bapa bukan?

Photo by Annie Spratt on Unsplash

Photo by Annie Spratt on Unsplash

3. Visi serta misi bisnes anda.

Kongsikan misi serta visi bisnes anda, supaya followers tahu apa yang anda ingin capai dan apa yang anda sedang perjuangkan.

Jika anda menjual makanan, tentu anda mahukan semua pelanggan anda dapat berkongsi dan nikmati momen dengan keluarga melalui produk makanan anda bukan? Nampak remeh tetapi hakikatnya ramai usahawan gagal kenal pasti visi dan misi bisnes mereka. Semuanya hanya fokus buat jualan tanpa kenal apa visi dan misi yang mereka mahu capai melalui bisnes mereka.

Jika anda masih buntu dengan visi dan misi bisnes anda, kembangkan idea dari perkara berikut:

  1. Apa masalah pelanggan yang anda mahu selesaikan.
  2. Apa target akhir yang anda nak capai dalam bisnes ini.
  3. Apa yang anda lakukan berbeza dari pesaing anda.
  4. Apa perubahan yang ada nak lihat dalam industri anda.
  5. Bagaimana bisnes anda mampu mengubah hidup pelanggan anda.

 

4. Nilai dan kelebihan produk anda.

Kongsikan gambar produk makanan anda dan apa yang anda jual. Ceritakan kelebihan yang anda sendiri rasa dan dapat sejak anda menggunakan produk itu. 

Antara perkara yang boleh dikongsi adalah:

  1. Kelebihan produk anda yang tiada pada produk lain.
  2. Bagaimana produk anda dapat membantu memudahkan hidup dan menyelesaikan masalah pelanggan anda.
  3. Bagaimana anda dapat bantu orang lain melalui bisnes yang anda jalankan.

sambaleena

“Decide on your unique selling proposition, not your competitor. Think of what makes you special, just focus on you.”

-Hillary weiss.

5. Tips harian berkaitan produk yang dijual

Terdapat banyak tips yang boleh dikongsi mengenai produk yang anda jual. Contohnya, jika anda menjual pes masakan, anda tentu mahu maklumkan pada followers, 1001 tips berguna mengenai produk anda bukan?

Antara perkara yang boleh dikongsi adalah:

  1. Cara penjagaan produk supaya tahan lama.
  2. Cara penggunaan produk.
  3. Tips rancang menu masakan.
  4. Tips jimat waktu masak.
  5. Kesesuaian penggunaan pes untuk makanan jenis apa.

cadangan makan

6. Sesi refleksi diri.

Sebagai seorang pemilik bisnes, tentu anda merasa beban uruskan bisnes sampaikan tiada masa untuk fikir perkara selain bisnes anda. Saya percaya sesi releksi diri ini penting untuk kita sebagai pemilik bisnes. Supaya kita tahu apa tujuan hidup kita sebenarnya.

Tulis post yang mendekatkan diri anda dengan agama, nilai yang baik dan sifat murni yang boleh dijadikan inspirasi. Mungkin anda boleh kongsikan kisah teladan yang anda baru sahaja baca, kisah masyarakat yang menyentuh hati atau kisah yang berlaku pada anda dan dapat dijadikan pedoman kepada followers anda.

Tak perlu terlalu rigid dan berilmiah, ceritakan sahaja secara santai apa yang anda percaya dan apa yang reflek diri anda. Hanya pastikan ianya content bermanfaat untuk dibaca dan dikongsi.

Content seperti ini sebenarnya yang banyak menyentuh hati followers kerana ia berkisar dengan kehidupan, dan bukan dengan bisnes semata-mata. Walaupun anda menjual produk makanan, tentu ada kisah menarik tentang makanan dan kehidupan yang boleh anda kongsi.

 

7. Video pendek

Jika anda menjual produk makanan, kongsikan resepi mudah untuk followers anda buat hari ini juga. Jika bisnes anda berkaitan produk kesihatan, kongsikan video pendek senaman mudah dibuat di rumah. Terlalu banyak video dengan content menarik yang ada sekarang ini. Hanya perlu pilih content yang bersesuaian dan repost. Jangan lupa kredit pada pemilik asal ya!

Tips penting, pastikan video yang dikongsi itu berkaitan dengan produk yang anda jual. Jika anda menjual produk kek dan manisan, kongsikan video mudah cara buat kek dengan 3 bahan.

Penting untuk kongsi content yang berkaitan sahaja kerana video mudah mencuri tumpuan dan anda tentu mahukan followers anda diberi info menarik yang hanya berkaitan dengan produk anda. Bukan produk orang lain.

8. Cerita disebalik tabir.

Jika anda menjual produk makanan, tentu banyak proses disebalik pemporosesan makanan sehingga kepada pembungkusan yang boleh anda kongsikan. Ceritakan kemeriahan team produksi dan bagaimana anda bekerjasama dengan team untuk hasilkan produk terbaik kepada pelanggan anda.

Bagi bisnes servis photography seperti kami pula, kami sering kongsikan gambar disebalik tabir ketika kami melakukan kerja. Bagaimana susun atur ruang kerja, siapa dan apa proses yang terlibat serta kemeriahan sewaktu pengambaran supaya pelanggan tahu komitmen yang kami beri dalam setiap projek.

9. Promosi mingguan dan bulanan.

Jika anda menjual produk makanan, tentu anda mahu pelanggan sentiasa ternanti-nanti promosi yang dibuat khas bagi meraikan mereka. Pastikan promosi yang dibuat efektif dan mendapat sambutan. Bukan promosi yang syok sendiri dan hanya menguntungkan anda tetapi tidak pada pembeli.

Ciri-ciri promosi yang efektif yang sering kami gunakan:

  1. Combo best seller.
  2. Tawaran hadiah percuma.
  3. Promosi hari istimewa dan ulang tahun.
  4. Promosi musim perayaan.
  5. Promosi pembukaan dan produk baru. 

Ciri-ciri promosi yang tidak efektif pula adalah:

  1. Promosi penghabisan stok. Tidak ramai yang berminat dengan barang yang hampir tamat tarikh luput dan sudah lusuh. Maka, pastikan promosi yang dijalankan adalah win win situation. Pelanggan puas hati dengan belian dan anda masih mendapat keuntungan.

Sekarang anda tahu 9 tips buat content marketing di instagram tanpa perlu rasa buntu dengan idea. Mulakan draf dan schedule content anda untuk jangka masa seminggu. Cari gambar dan buat graphic design yang cantik untuk bantu sampaikan content anda. Gunakan point yang kami share ini untuk mula draf content anda di instagram. Good luck!

Berminat mendapatkan servis Food Photography untuk produk makanan anda? Jangan lupa lawati website kami untuk info selanjutnya ya.

Lensamars.com

2 thoughts on “9 tips buat content marketing di instagram- anda tak akan buntu dengan idea.

Leave a Reply to MOHAMMAD AFFANDI MAJID Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *